ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 19. Peguambela dan Peguamcara.

(1) Dengan tidak menghiraukan apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seorang Peguambela dan Peguamcara yang berugama Islam boleh hadir di dalam mana-mana Mahkamah mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana pembicaraan dengan syarat bahawa kehadirannya tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Hukum Syarak.

(2) Mahkamah boleh membuat perintah bahawa kehadiran seseorang Peguambela dan Peguamcara adalah berlawanan dengan Hukum Syarak dan perintah itu adalah muktamad.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.