ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 101. Izin mendakwa.

(1) Tidaklah boleh dimulakan pendakwaan bagi mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen-seksyen 197, 198, 199, 201, 204, 205, 209, 216, dan 217 kecuali dengan izin bertulis dari Pesuruhjaya.

(2) Tiada izin yang sedemikian itu boleh terus berkuatkuasa melainkan tindakan diambil ke atasnya dalam tempoh satu bulan dari tarikh ianya diberi.

(3) Walaupun izin pesuruhjaya telah tidak diperolehi, seseorang yang dituduh di atas kesalahan itu boleh dikeluarkan saman atau tangkap atau waran untuk menangkapnya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan; dan orang itu boleh ditahan dalam jagaan atau dilepaskan dengan jaminan tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga izin telah diperolehi.

(4) Jika seseorang dibawa ke hadapan Mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pesuruhjaya memberi izin untuk pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah diterangkan kepadanya tetapi dia tidak boleh diminta memberi jawapan dan peruntukan undang-undang yang pada masa ini berkuatkuasa berhubung dengan prosedur jenayah hendaklah diubahsuai dengan sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.