ENAKMEN 9 TAHUN 1991
KAWALAN DAN SEKATAN (PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM DI KALANGAN ORANG ISLAM) (NEGERI SEMBILAN) 1991

BAHAGlAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 9. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan tertentu yang bersumber Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia-
menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I Jadual, atau apa-apa terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan apa-apa fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan mana-mana agama bukan Islam.

(2) Seseorang yang, bukan seorang Islam melakukan suatu kesalahan jika ia, dalam keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1), menggunakan mana-mana perbahasaan yang disenaraikan dalam Bahagian II Jadual, kecuali sebagai petikan atau rujukan.

(3) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(4) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.