ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 19. Pihak menuntut remaja mencapai dewasa.

(1) Pihak menuntut remaja hendaklah apabila mencapai umur dewasa semasa tindakan belum selesai menarik balik tindakan atau meneruskannya.

(2) Kebenaran Mahkamah untuk menarik balik tindakan itu adalah tidak dikehendaki tetapi peruntukan Bahagian XIV hendaklah dipakai mengenai tindakan seterusnya.

(3) Jika pihak menuntut menarik balik tuntutannya dia sendiri tidaklah bertanggungjawab membayar kos melainkan Mahkamah membuat perintah sebaliknya.

(4) Jika pihak menuntut adalah lebih dari seorang pihak menuntut remaja itu tidak boleh menarikbalik tuntutannya tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon Mahkamah memotong namanya, atau jika ia pihak yang perlu memotong namanya sebagai pihak menuntut dan dijadikannya pihak kena tuntut mengikut had-had dan syarat-syarat yang ditentukan oleh Mahkamah.

(5) Jika tuntutan itu diteruskan pihak menuntut hendaklah memohon untuk meminda tajuk tindakan itu dan Mahkamah bolehlah memindanya dan melepaskan penjagasahnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.