ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PERKARA AM
BAB XXVII - PERKARA AM



Seksyen 206. Maklumat, keterangan atau pengakuan palsu.

Sesiapa yang dengan sengaja secara lisan atau bertulis memberi maklumat, keterangan atau pengakuan palsu mengenai mana-mana perkara yang dikehendaki di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.