ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XIII - PERKARA AM



Seksyen 249. Kecualian bagi peraturan-peraturan dan perlantikan.


Semua peraturan-peraturan, pemasyoran-pemasyoran, perintah-perintah, notis-notis, borang-borang, lesen-lesen dan perlantikan-perlantikan yang telah dikeluarkan atau diperbuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang telah dimansuhkan oleh Enakmen ini, hendaklah terus berkuatkuasa setakat mana kesemuanya itu tidak berlawanan dengan atau diganti oleh peruntukan-peruntukan Enakmen ini, sehingga dibatalkan nanti atau digantikan dengan peraturan-peraturan, pemasyoran-pemasyoran, perintah-perintah, lesen-lesen atau perlantikan-perlantikan yang dikeluarkan atau diperbuat di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.