ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 13. Persetujuan dikehendaki.
Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan-
(a)
wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau
(b)
Hakim Syariah yang mempunyai bidangkuasa ditempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syariah itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu sebagai wali Raja mengikut Hukum Syarak; persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak, atau jika wali tidak boleh dikesan atau jika wali telah enggan memberi persetujuan dengan tiada sebab yang syarie.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.