ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Legaan-Legaan Lain



Seksyen 106. Tegahan terhadap gangguan.

(1) Mahkamah adalah berkuasa, dalam masa prosiding hal ehwal suami-isteri masih belum selesai atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan, memerintahkan seseorang menahan dirinya dari mengganggui atau mencerobohi dengan apa-apa cara pun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya.

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.