ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH

Peruntukan Am



Seksyen 5. Keterangan boleh diberikan mengenai fakta persoalan dan qarinah.

Keterangan boleh diberikan dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai wujud atau tidak wujudnya tiap-tiap fakta persoalan dan mengenai apa-apa fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah, dan tidak mengenai apa-apa fakta lain.

Huraian - Seksyen ini tidak membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai sesuatu fakta yang dia tidak berhak membuktikannya menurut undang-undang yang berhubungan dengan prosedur mal.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.