ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 32. Daftar yang tidak sah di sisi undang-undang
Tiada seorang pun, selain Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 28, boleh-
(a) menyimpan apa-apa buku yang adalah atau yang berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut Enakmen ini; atau
(b) mengeluarkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen yang adalah atau yang berupa sebagai suatu salinan perakuan perkahwinan atau perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.