ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXI - SAMAN SI BERHUTANG HUKUMAN, WARAN TANGKAP DAN SEBAGAINYA



Seksyen 174. Cara merampas.

(1) Mana-mana harta yang boleh ditahan sebelum hukuman hendaklah dirampas mengikut aturcara yang diperuntukkan untuk rampasan dan penjualan di bawah Bahagian XIX.

(2) Jika mana-mana harta telah ditahan di bawah seksyen-kecil (1) ia tidak perlu dirampas seterusnya untuk perlaksanaan tetapi hendaklah disifatkan sebagai telah dirampas dalam perlaksanaan mengikut perintah perlaksanaan yang diserah pada pukul 4.00 petang pada hari di mana hukuman ke atasnya dibuat, dan boleh dijual sewajarnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.