ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VIII - PEMERIKSAAN SAKSI-SAKSI



Seksyen 91. Pemeriksaan rahsia.

(1) Pemeriksaan rahsia hendaklah dibuat dengan Surat Rahsia di mana Kadi menulis nama pihak kena tuntut atau pihak kena dakwa dan perkara yang dituntut atau didakwa, juga nama saksi, pengenalan, pekerjaan, tempat tinggal bagi memperkenalkan dan menerangkan saksi tersebut dengan cara yang jelas.

(2) Maklumat itu dimasukkan ke dalam satu sampul yang dimeteri, sampul itu kemudiannya diberikan kepada orang yang dipilih untuk menjadi pemeriksa saksi. Sebaik sahaja sampul itu diterima dan dibaca oleh pemeriksa saksi, ia hendaklah menulis di bawah nama saksi itu perkataan "adil" jika didapati saksi itu adil dan "tidak adil" jika didapati saksi itu tidak adil serta menandatangani dan menghantarkan surat itu kembali kepada Kadi.

(3) Apabila Surat Rahsia itu dikembalikan kepada Kadi dan tidak terdapat perkataan "adil" dari pemeriksa saksi tentang saksi tersebut, tetapi terdapat perkataan yang memberi makna tidak adil secara jelas atau tersirat, Kadi bolehlah meminta pihak menuntut atau mereka mendakwa membawa saksi-saksi lain.

Huraian
-

Jika pemeriksa saksi itu menulis saksi tidak adil, atau ia tidak mengetahui hal keadaan saksi-saksi itu atau keadaan tidak diketahui atau menulis Wallahu 'Alam atau ia tidak menulis apa-apa perkataan, Kadi tidak boleh menerima keterangan saksi-saksi tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.