ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 2 - SEPINA



Seksyen 109. Rekod-rekod Mahkamah.

(1) Seorang pegawai Mahkamah tidaklah boleh dikehendaki melalui sepina supaya mengemukakan rekod-rekod Mahkamah.

(2) Jika salinan asal mana-mana rekod Mahkamah atau mana-mana dokumen yang difailkan di Mahkamah itu adalah dikehendaki kerana apa-apa sebab tertentu, suatu permintaan untuk pengemukaannya bolehlah, atas permohonan pihak yang menghendakinya, dialamatkan kepada Pendaftar Mahkamah itu.

(3) Tiada tanda boleh diletakkan pada mana-mana rekod atau dokumen yang dikemukakan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.