ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XV - SEPINA



Seksyen 102. Kegagalan menghadiri.

Tertakluk kepada seksyen 98, jika mana-mana orang yang telah disampaikan dengan sempurnanya sepina untuk memberi keterangan atau mengemukakan dokumen, tanpa memberi sebab yang mencukupi, gagal menghadiri di Mahkamah itu sama ada pada hari pertama atau hari perbicaraan disambung atau mengemukakan dokumen seperti yang diperintahkan ia, adalah bersalah menghina Mahkamah. Mahkamah boleh juga mengeluarkan waran untuk menangkapnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.