ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
PERNYATAAN YANG DIBUAT DALAM KEADAAN KHAS



Seksyen 25. Kerelevanan pernyataan tentang fakta berbentuk awam yang terkandung di dalam sesuatu perundangan atau pemberitahuan.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan sesuatu fakta berbentuk awam, mana-mana pernyataan mengenainya yang dibuat di dalam suatu sebutan permulaan yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan atau Enakmen, atau di dalam pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang tersiar di dalam Warta Kerajaan Persekutuan atau Negeri, adalah fakta relevan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.