ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 147. Pertaruhan perbelanjaan.

(1) Belif tidaklah diwajibkan mengambil apa-apa tindakan di bawah suatu perintah perlaksanaan sehingga si piutang-hukuman mendeposit sejumlah wang yang mencukupi untuk membayar apa-apa perbelanjaan perlaksanaan, termasuk perbelanjaan menyimpan apa-apa harta selama tempoh tidak lebih daripada 14 hari. Jika belif terpaksa menyimpan harta itu lebih dari 14 hari, ia boleh mengarahkan supaya deposit tambahan dibayar dan, jika deposit itu tidak dibayar, ia boleh melepaskan harta itu.

(2) Belif hendaklah menyimpan akaun semua wang yang dideposit dan boleh membayar apa-apa amaun yang mesti dibayar kepada si piutang-hukuman atau kepada Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.