ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 209. Menghina agama.

(1) Barang siapa, sama ada dengan secara lisan atau tulisan atau perbuatan atau dengan cara apa jua pun, membuat hina terhadap Agama Islam atau perjalanan mana-mana satu dari Mazhab yang empat, atau mana-mana pegawai agama atau guru agama atau Imam yang bertauliah atau mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Bagi maksud-maksud seksyen ini, seseorang Islam yang mengaku dirinya sebagai seorang yang bukan Islam adalah membuat hina terhadap Agama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.