ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 166. Cara merampas.

(1) Mana-mana harta yang boleh ditahan sebelum penghakiman hendaklah dirampas mengikut aturcara yang diperuntukkan untuk rampasan dari penjualan di bawah Bahagian XIX.

(2) Jika mana-mana harta telah ditahan di bawah subseksyen (1) ia tidak perlu dirampas tetapi hendaklah disifatkan sebagai telah dirampas dalam perlaksanaan mengikut perintah perlaksanaan yang diserah pada pukul 4.00 petang pada hari di mana penghakiman ke atasnya dibuat, dan boleh dijual sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.