ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN V - PENERIMAAN DAN PENOLAKAN WASIAT



Seksyen 18. Tempoh penerimaan atau penolakan wasiat.

(1) Penerimaan atau penolakan sesuatu wasiat boleh dibuat dalam tempoh tiga puluh hari selepas seseorang benefisiari mengetahui tentang kematian pewasiat dan kewujudan wasiat itu:

Dengan syarat bahawa benefisiari itu tidak mempunyai apa-apa alasan yang munasabah yang menyebabkan dia melewatkan penerimaan atau penolakan wasiat itu.

(2) Seseorang waris pewasiat boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mendapat suatu perintah mengarahkan seseorang benefisiari untuk menyatakan penerimaan atau penolakannya terhadap sesuatu wasiat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.