ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 145. Memasukkan rayuan-rayuan ke dalam senarai.


(1) Selepas menerima dokumen-dokumen yang disebutkan di bawah seksyen 142 pendaftar mahkamah rayuan syariah hendaklah memberi nombor rayuan dan memasukkan ke dalam senarai rayuan untuk didengar dan memberi notis kepada pihak-pihak yang terlibat bahawa rayuan itu telah dimasukkan.

(2) Seberapa segera selepas tarikh pembicaraan ditetapkan pendaftar hendaklah memberi kepada pihak-pihak terlibat notis mengenai tarikh pembicaraan itu.

(3) Dalam mana-mana kes Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah bolehlah atas daya usahanya sendiri atau atas permohonan pihak yang berkanun dan dengan notis yang munasabah kepada pihak-pihak yang terlibat, mempercepat atau menangguhkan pembicaraan rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.