ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 144. Menggantungkan dari perlaksanaan sementara menunggu rayuan.


Sesuatu rayuan tidak boleh menggantungkan perlaksanaan hukuman, tetapi Mahkamah Qadhi atau Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah bolehlah menanggungkan mana-mana keputusan, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan, atas syarat-syarat mengenai jaminan untuk pembayaran mana-mana wang atau perlaksanaan atau tidak terlaksananya dari mana-mana tindakan atau menjalani mana-mana hukuman yang diarahkan oleh atau di dalam keputusan, perintah, sabitan atau hukuman yang mana Mahkamah Qadhi atau Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah memandang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.