ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 70. Anggapan mengenai perutusan taligrap.

Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu perutusan yang dihantar dari sesuatu pejabat taligrap kepada orang yang perutusan itu berupa sebagai dialamatkan adalah bersamaan dengan perutusan yang telah diserahkan untuk dihantar di pejabat yang darinya perutusan itu berupa sebagai dihantar, akan tetapi mahkamah tidak boleh membuat apa-apa anggapan tentang siapakah yang telah menyerahkan perutusan itu untuk dihantar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.