ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT



Seksyen 63. Buku harian prosiding dalam penyiasatan.

Tiap-tiap Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah dari hari ke hari mencatatkan tindakannya di dalam buku penyiasatan harian dengan menyatakan -

(2) Walau apapun yang diperuntukkan dalam undang-undang bertulis mengenai keterangan, seseorang yang dituduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam masa siasatan atau perbicaraan dijalankan, meminta atau memeriksa buku harian penyiasatan itu:

Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang telah membuat penyiasatan merujuk kepada buku harian itu maka catatan setakat yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada yang dituduh dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangannya atau dipadamkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.