ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN VIII - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 70. Pelantikan Pendaftar Pemeluk Agama Islam.

(1) Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah menjadi Pendaftar Pemeluk Agama Islam yang hendaklah menyenggarakan suatu Daftar dalam bentuk yang ditetapkan untuk pendaftaran akan orang-orang yang memeluk agama Islam.

(2) Pendaftar Pemeluk Agama Islam hendaklah memberi tiap-tiap orang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan suatu Kad Perakuan memeluk agama Islam dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Ordinan ini dan Kad Perakuan itu hendaklah menjadi bukti muktamad tentang fakta-fakta yang dinyatakan di dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.