ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN III - LEMBAGA PENGURUSAN



Seksyen 5. Lembaga Pengurusan.

(1) Tiap-tiap permohonan untuk pendaftaran sesebuah Sekolah Agama Islam hendaklah disertai suratcara dalam bentuk yang ditetapkan bagi menubuhkan Lembaga Pengurusan untuk sekolah itu.

(2) Lembaga itu hendaklah menjadi pemegang amanah bagi semua aset dan harta Sekolah Agama Islam itu.

(3) Tiap-tiap Lembaga itu hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang yang hendaklah memegang apa-apa jawatan yang perlu bagi mana-mana Sekolah Agama Islam yang tertentu, dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan kewajipan yang hendaklah ditetapkan oleh suratcara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.