ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 45. Permohonan untuk kebenaran merayu.

(1) Suatu permohonan untuk rayuan atau permohonan untuk kebenaran merayu di bawah seksyen 44 (1) (c) hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah dengan cara yang ditetapkan, dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh hukuman, perintah atau keputusan yang berhubung dengan permohonan itu dibuat.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah semasa mendengar mana-mana permohonan untuk rayuan atau untuk kebenaran untuk merayu boleh atas alasan yang tertentu melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah tamat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.