ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB I - BEBAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 76. Beban membuktikan fakta yang perlu dibuktikan untuk menjadi keterangan boleh terima

Beban membuktikan apa-apa fakta yang perlu dibuktikan untuk membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta yang lain, terletak pada orang yang berhasrat untuk memberikan keterangan itu.

MISALAN

(a) A berhasrat untuk membuktikan marad al-maut yang dibuat oleh B.

A mestilah membuktikan marad al-maut itu dan kematian B.

(b) A berhasrat untuk membuktikan dengan keterangan sekunder kandungan suatu dokumen yang telah hilang.

A mestilah membuktikan bahawa dokumen itu telah hilang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.