ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN VIII - AM
Seksyen 218. Afidavit bersumpah.
(1) Tertakluk kepada apa-apa kaedah yang dibuat oleh Mahkamah, mana-mana afidavit boleh digunakan di Mahkamah jika ia telah dibuat dengan sumpah—
(a) di Malaysia, di hadapan mana-mana Hakim, Qadi atau Pendaftar;
(b) di Singapura atau Brunei Darussalam, di hadapan mana-mana Hakim atau Qadi; atau
(c) di mana-mana tempat lain, di hadapan mana-mana pegawai Islam yang menjalankan fungsi konsular bagi pihak Kerajaan Malaysia.
(2) Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada meterai atau tandatangan mana-mana Hakim, Qadi, Pendaftar, atau pegawai konsul yang dituliskan atau dinamakan dalam mana-mana afidavit.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.