ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 159. Rayuan tidak boleh menggantungkan perlaksanaan hukuman.

(1) Kecuali di dalam kes yang tersebut dalam seksyen 158, rayuan tidak boleh menggantungkan perlaksanaan hukuman, tetapi Mahkamah yang membicarakan kes itu atau Mahkamah Rayuan Syariah boleh menggantung mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan, atas syarat mengenai jaminan untuk pembayaran mana-mana wang atau untuk perlaksanaan atau tidak melaksanakan apa-apa tindakan atau untuk menjalani mana-mana hukuman yang diarahkan oleh atau di dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman yang dipandang munasabah oleh Mahkamah.

(2) Jika hukuman penjara ke atas pihak merayu dikekalkan tempoh selama mana perlaksanaan hukuman digantungkan hendaklah ditolak semasa melaksanakan tempoh hukumannya melainkan Mahkamah Rayuan Syariah mengarahkan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.