ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN VII - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 92. Kesalahan memberi maklumat palsu.

Seseorang yang pada masa memohon untuk didaftarkan di bawah seksyen 88 atau sebagai jawapan kepada sebarang permintaan untuk maklumat atau keterangan yang dibuat oleh Pendaftar Saudara Baru di bawah seksyen itu, dengan sengaja memberi kepada Pendaftar Saudara Baru sebarang maklumat palsu atau yang mengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman denda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.