ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 211. Hasutan meninggalkan kewajipan agama.

Barang siapa menghasut atau memujuk mana-mana orang Islam supaya tidak menghadiri masjid atau tidak menghadiri pengajaran agama Islam atau tidak membayar zakat atau fitrah atau tidak membayar bayaran yang bertanggung ke atasnya di bawah Enakmen ini atau tidak melakukan sebarang yang diwajibkan di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.