ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992
BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH
Seksyen 22. Kewajipan dan kuasa-kuasa Setiausaha.
(1) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang boleh diberi oleh Majlis kepadanya, Setiausaha hendaklah berkuasa ke atas semua peraturan dan dokumen Majlis, dan hendaklah dalam segala segi menjalankan tugas-tugas yang boleh dipertanggungjawabkan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Majlis.
(2) Tertakluk kepada arahan-arahan dan kawalan Majlis, semua pegawai dan pengkhidmat Majlis hendaklah terletak di bawah kawalan pentadbiran Setiausaha.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.