ENAKMEN 9 TAHUN 1991
KAWALAN DAN SEKATAN (PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM DI KALANGAN ORANG ISLAM) (NEGERI SEMBILAN) 1991

BAHAGlAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan seorang yang beragama Islam di bawah umur lapan belas tahun kepada pengaruh-pengaruh suatu agama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, memaksa, menghasut, menggalakkan, atau membenarkan seorang yang beragama Islam di bawah umur lapan belas tahun-
(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

(3) Hendaklah menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang yang dituduh itu, sebelum kesalahan yang dikatakan itu, telah diberitahu oleh ibu bapa atau penjaga orang yang berumur di bawah lapan belas tahun itu bahawa orang itu bukanlah seorang yang beragama Islam.

(4) Hendaklah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang yang dituduh itu, sebelum kesalahan yang dikatakan itu, tidak diberitahu oleh ibu bapa atau penjaga orang yang berumur di bawah lapan belas tahun itu akan agama orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.