ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - KEWANGAN
AKAUN



Seksyen 41. Modal wakaf dan nazr am.


(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan subseksyen (2) dan (3), harta dan aset modal yang terjejas oleh mana-mana wakaf atau nazr am yang sah tidak boleh menjadi sebahagian daripada Baitulmal tetapi hendaklah digunakan menurut wakaf atau nazr am itu dan dipegang sebagai kumpulan wang yang berasingan.

(2) Jika, oleh sebab luput masa atau perubahan hal keadaan, tidak mungkin lagi dapat dijalankan secara berfaedah akan peruntukan-peruntukan tepat bagi mana-mana wakaf atau nazr am, Majlis hendaklah menyediakan suatu skim bagi menggunakan harta dan aset modal yang terjejas olehnya dengan cara yang sehampir mungkin sama dengan yang dikehendaki oleh terma-terma bagi wakaf atau nazr am itu yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan hendaklah menggunakan sewajarnya:

Dengan syarat bahawa Majlis boleh mengarahkan supaya harta dan aset itu hendaklah ditambah kepada dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

(3) Segala suratcara yang mewujudkan, membuktikan atau melibatkan yang menjadi mana-mana wakaf atau nazr am, beserta dengan mana-mana dokumen hakmilik atau sekuriti-sekuriti lain yang berhubung dengannya hendaklah dipegang dan disimpan oleh Majlis.

(4) Majlis hendaklah mengadakan satu Buku Daftar bagi mendaftarkan semua harta, modal dan harta benda termasuklah sekuriti-sekuriti yang telah diwakafkan atau dinazrkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.