ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 86. Bilangan saksi.

(1) Dakwaan oleh seseorang yang dikenali sebagai kaya bahawa dia telah menjadi papa adalah tidak mencukupi bagi membuktikan dakwaannya kecuali jika ia disokong oleh tiga orang saksi lelaki.

Huraian-Dalam pungutan zakat, pengakuan oleh seorang kaya bahawa dia telah menjadi papa tidaklah bukti yang mencukupi kecuali ia disokong oleh keterangan tiga orang saksi lelaki.

(2) Dalam hal melihat anak bulan, keterangan seorang lelaki yang adil adalah mencukupi bagi membuktikan fakta itu.

(3) Keterangan seorang lelaki hendaklah menjadi bukti cukup dalam hal keadaan yang berikut:
(4) Keterangan seorang perempuan adalah mencukupi bagi membuktikan apa-apa fakta yang biasanya dilihat oleh atau dalam pengetahuan seorang perempuan.

MISALAN

Keterangan seorang perempuan yang menyusukan seorang bayi atau keterangan seorang bidan dalam perkara haidh, kelahiran dan penyusuan boleh diterima.

(5) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, keterangan hendaklah diberi oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.