ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 39. Jawatankuasa Syariah.

(1) Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Syariah.

(2) Jawatankuasa Syariah hendaklah terdiri dari-

(3) Seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang dilantik oleh Majlis hendaklah menjadi Setiausaha.

(4) Orang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasa seksyen ini, telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 35 (1) Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1959 [Enakmen 3/1959] hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dianggap telah dinamakan atau dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Syariah dan hendaklah terus menjadi ahli sehingga tamat tempoh perlantikan mereka sekarang.

(5) Apabila Mufti bercadang hendak membuat fatwa, dia hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Syariah bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

(6) Sebelum Mufti membuat Fatwa, dia boleh menyebabkan kajian-kajian atau penyelidikan dibuat sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.