ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 96. Bila soalan-soalan memimpin tidak boleh ditanya.

(1) Soalan-soalan memimpin tidak boleh, jika dibantah oleh pihak yang menentang, ditanya di dalam pemeriksaan utama atau pemeriksaan semula, kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan-soalan memimpin tentang perkara permulaan atau yang tak dipertikaikan, atau yang pada pendapatnya telah terbukti dengan secukupnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.