ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN PENJALANANNYA



Seksyen 125. Pesalah muda.

(1) Apabila mana-mana pesalah muda disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda atau pemenjaraan, Mahkamah itu boleh menggantikan hukuman pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda atau hukuman pemenjaraan itu dengan-

(2) Mahkamah yang di hadapannya seseorang pesalah muda disabitkan boleh, sebagai tambahan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini, mengenakan ke atas ibu bapa atau penjaganya denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah tersebut, selepas siasatan ringkas, berpuas hati bahawa ibu bapa atau penjaga itu, dengan sebab kecuaian mereka untuk mengambil perhatian yang patut atau selainnya ke atas pesalah itu, telah menyumbangkan kepada salah laku pesalah itu: Dengan syarat bahawa ibu bapa atau penjaga tidaklah boleh didenda tanpa dia diberi peluang untuk didengar dan (jika dia berhasrat berbuat demikian) mengemukakan keterangan dalam pembelaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.