ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
BILA WATAK RELEVAN



Seksyen 42. Watak buruk dahulu adalah tak relevan kecuali bagi menjawab.

Dalam prosiding jenayah fakta bahawa orang yang dituduh itu berwatak buruk adalah tak relevan, melainkan jika keterangan telah diberi bahawa dia berwatak baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu menjadi relevan.

Huraian 1 - Seksyen ini tidak dipakai bagi kes di mana watak buruk seseorang itu adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.

Huraian 2 - Sesuatu sabitan dahulu adalah relevan sebagai keterangan mengenai watak yang buruk.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.