ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 21. Menjual atau memberi anak.

(1) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang didapati menjual, memberi atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya kepada seseorang yang bukan Islam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Penjualan, pemberian atau penyerahan yang sedemikian itu adalah tidak sah dan kanak-kanak itu hendaklah diserahkan kepada jagaan Majlis. Mahkamah boleh pada bila-bila masa memberi arahan selanjutnya mengenai penjagaan kanak-kanak itu kepada mana-mana orang atau rumah kebajikan yang layak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.