ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 6. Fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi adalah qarinah.

Walaupun fakta tidak menjadi persoalan tetapi jika ia mempunyai hubungan dengan suatu fakta persoalan hingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama, maka fakta itu adalah qarinah.

MISALAN

A dituduh memukul isterinya B.

Apa-apa jua yang diperkatakan atau dibuat oleh A atau B atau orang yang berhampiran pada masa B dipukul itu atau sejurus sebelum atau kemudian daripadanya hingga menjadi sebahagian daripada transaksi adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.