ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PIHAK - PIHAK



Seksyen 17. Plaintif belum dewasa mencapai dewasa.

(1) Plaintif yang belum dewasa apabila menjadi dewasa semasa tindakan belum selesai boleh menarik balik tindakan sebelum mengambil apa-apa langkah di dalam perkara itu atau meneruskan tindakan itu.

(2) Kebenaran Mahkamah untuk menarik balik tindakan itu adalah tidak dikehendaki tetapi peruntukan Bahagian XIV hendaklah dipakai mengenai perkara itu.

(3) Jika plaintif itu menarik balik tuntutannya dia sendiri tidaklah bertanggungjawab membayar kos melainkan Mahkamah membuat perintah sebaliknya.

(4) Jika plaintif adalah lebih dari seorang plaintif yang belum dewasa, ia tidak boleh menarik balik tuntutannya tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon Mahkamah memotong namanya, atau jika ia pihak yang perlu di dalam prosiding, memotong namanya sebagai plaintif dan dijadikannya defendan mengikut hak dan syarat yang ditentukan oleh Mahkamah.

(5) Jika tuntutan itu diteruskan plaintif hendaklah memohon untuk meminda tajuk tindakan itu dan Mahkamah bolehlah memindanya dan melepaskan penjaganya yang sah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.