ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Qarinah
Seksyen 13. Fakta yang qarinah apabila hak atau 'urf dipersoalkan.
Jika soalnya ialah tentang wujudnya sesuatu hak atau 'urf maka fakta yang berikut adalah qarinah
-
(a)
apa-apa urusan dengannya hak atau 'urf yang berkenaan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuai, diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan atau yang tak konsisten dengan adanya hak atau 'urf itu;
(b)
hal-hal tertentu dalam mana hak atau 'urf itu telah dituntut, diiktiraf atau digunakan atau dalam mana penggunaan hak atau 'urf itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau diselewengkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.