ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 164. Keputusan hendaklah diperakukan kepada Mahkamah yang membicarakan kes.

(1) Apabila sesuatu kes rayuan telah diputuskan Mahkamah Syariah hendaklah memperakukan keputusan atau perintahnya kepada Mahkamah yang membicarakan kes itu.

(2) Mahkamah yang menerima keputusan itu hendaklah membuat perintah yang sesuai dengan keputusan atau perintah Mahkamah Rayuan Syariah dan jika perlu rekodnya hendaklah dipinda.

(3) Apabila mana-mana rayuan ditarik balik atau diberhentikan, Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberitahu Mahkamah yang membicarakan kes itu dan jika perlaksanaan hukuman telah digantung, hukuman atau perintah Mahkamah itu hendaklah dikuatkuasakan dengan segera, tetapi tidak ada apa-apa di dalam seksyen ini boleh dianggap menghadkan atau menyekat kuasa memanjangkan masa di bawah seksyen 157 yang diberi kepada Mahkamah Rayuan Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.