ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984
BAHAGIAN XXII - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP, DLL
Seksyen 174. Deposit mengenai penahanan.
(1) Sebelum suatu perintah tahanan di bawah seksyen 173 itu dilaksanakan plaintif hendaklah deposit dengan bailif sejumlah wang yang mencukupi dalam
pandangan bailif untuk membiayai kos penahanan, dan menjaga harta itu selama tempoh empat belas hari.
(2) Apabila tempoh tahanan melebihi empat belas hari plaintif hendaklah pada atau sebelum tamatnya empat belas hari yang pertama penahanan itu, mendeposit dengan bailif suatu jumlah tambahan bagi membiayai kos untuk empat belas hari kemudiannya dan hendaklah meneruskan membuat deposit sedemikian sebagai pendahuluan pada atau sebelum tamatnya sesuatu tempoh empat belas hari sepanjang tahanan itu berterusan:
Dengan syarat bahawa-
(a)
apabila sesuatu writ pelaksanaan mempunyai keutamaan mengenai harta tahanan itu, kos pelaksanaan dan penyimpanan harta itu hendaklah menjadi kos pelaksanaan writ yang diutamakan itu, tetapi supaya kos yang berbangkit kerana perintah penahanan harta itu sebelum penghakiman tidak boleh dibenarkan; dan
(b)
plaintif yang telah mendapat perintah tahanan tidak perlu membuat apa-apa deposit mengenainya kecuali dan setakat kos pelaksanaan dan penyimpanan harta di bawah perintah tahanan sebelum penghakiman.
(3) Bailif hendaklah memberi resit bagi tiap-tiap jumlah wang yang didepositkan di bawah seksyen ini dan hendaklah menggunakan jumlah wang itu atau sebahagian darinya seperti yang difikirkan patut bagi maksud seksyen ini dan hendaklah mengembalikan kepada pendeposit mana-mana baki selepas penghasilan harta yang tercagar atau diperintah jual di bawah perintah Mahkamah.
(4) Jika baki sedemikian tidak boleh dibayar balik kepada pendeposit dalam masa empat puluh jam selepas harta
itu
dilepas atau dijual, bailif hendaklah dengan segera membayar baki itu ke dalam Mahkamah untuk kredit pendeposit dan hendaklah memberitahu pendeposit itu sewajarnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.