BAHAGIAN XVIII - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH
(2) Jika mana-mana ansuran tersebut tidak jelaskan dalam tempoh masa lebih daripada satu bulan, perintah tersebut hendaklah disifatkan telah dibatalkan dan pemiutang penghakiman boleh memohon perlaksanaan penghakiman yang telah diberi dengan sepenuhnya, tetapi penghutang penghakiman boleh memohon untuk mendapat perintah lain. (3) Mana-mana pihak boleh, jika suatu perintah bayaran secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan atau ansuran itu ditambahkan dan Mahkamah selepas mendengar pihak-pihak, boleh membuat apa-apa perintah yang difikir patut.