ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 10. Bidangkuasa Mahkamah Qadhi Khas.

Mahkamah Qadhi Khas hendaklah:

(1) Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang mana hukuman maksima yang diperuntukkan oleh undang-undang tidak lebih daripada empat bulan atau kedua-duanya sekali dan bolehlah mengenakan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya.

(2) Dalam bidangkuasa sivilnya, mendengar dan menentukan segala tindakan dan pembicaraan mengikut kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Qadhi Besar untuk mendengar dan menentukan dalam mana amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.