ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 217. Sengaja menghina atau mengganggu pegawai agama yang bersidang pada mana-mana peringkat prosiding kehakiman.

Sesiapa sahaja, dengan sengaja memberi apa-apa penghinaan atau menyebabkan apa-apa gangguan kepada mana-mana pegawai agama, semasa pegawai agama itu sedang bersidang pada mana-mana peringkat prosiding kehakiman adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.