ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 131. Membetulkan atau membatalkan Daftar atau Surat Keterangan.

(1) Buku-buku daftar yang disimpan dan surat-surat akuan yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini tidak boleh diubah, dipinda, ditukar, dimansuhkan dan sebagainya dengan sebarang tulisan, kecuali mengikut peruntukan seksyen-kecil yang berikut.

(2) Jika sekiranya didapati sebarang tulisan di dalam buku daftar yang disimpan atau sebarang surat-surat akuan yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini telah dibuat atau dikeluar, mengikut mana yang didapati, dengan silap atau mengandungi kesilapan yang patut dibatalkan, maka berkuasalah Kadi Besar selepas menerima keterangan dan berpuashati memerintahkan pada membatalkan atau membetulkan sebarang tulisan atau surat akuan itu.

(3) Apabila menerima sebarang perintah yang sedemikian, Pendaftar hendaklah dengan sertamerta membatal atau membetulkan kesilapan dengan menandatangan dan dimeterikan.

(4) Sesiapa yang telah menerima surat akuan yang tersebut di atas ini hendaklah dengan sertamerta menyerahkan surat akuan itu kepada Pendaftar untuk tindakannya menurut peruntukan seksyen-kecil (3) seksyen ini.

(5) Kuasa-kuasa membetulkan atau membatalkan yang diberi kuasa oleh seksyen ini termasuklah pada segala catitan-catitan yang dibuat atau surat-surat akuan yang dikeluarkan sebelum berjalan kuatkuasa Enakmen ini.

(6) Jika didapati ada pertentangan di antara surat-surat akuan yang dikeluarkan dengan naskhah-naskhah yang di dalam simpanan Pendaftar, maka yang sah dan di pakai ialah naskhah-naskhah yang di dalam simpanan Pendaftar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.