ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 180. Laporan-laporan orang-orang tertentu.


(1) Mana-mana dokumen yang dikatakan sebagai laporan yang dibuat di bawah tandatangan mana-mana orang yang tersebut di dalam seksyen-kecil (2) seksyen ini ke atas mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau dianalisakan olehnya atau mana-mana dokumen yang dikatakan sebagai laporan dibuat dibawah tandatangan Pendaftar Jenayah di atas mana-mana perkara atau benda yang berhubung dengan kesan jari yang telah diserahkan kepadanya untuk dibuat laporannya boleh diberi sebagai keterangan di dalam mana-mana pembicaraan atau tindakan lain di bawah Enakmen ini kecuali jika orang tersebut atau Pendaftar itu dikehendaki hadir sebagai seorang saksi-



(2) Berikut adalah orang-orang kepada siapa peruntukan seksyen ini dipakai-



(3) Orang-orang yang dirujukkan di dalam seksyen kecil (2) dalam seksyen ini dan Pendaftar Jenayah adalah di bawah Enakmen ini terikat menyatakan yang benar di dalam laporan-laporan yang dibuat di bawah tandatangan mereka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.